Monday, March 16, 2009

Masjis Kristal












MASJID KRISTAL ,TAMAN TAMADUN ISLAM,PULAU WAN MAN,KUALA TERENGGANU,MALAYSIA



Ini adalah salah satu daripada puluhan buah masjid yang di bina oleh kerajaan negeri terengganu pada tahun ini.masjid kristal yang terletak di pulau wan man dapat di lihat ketika melalui jambatan sultan mahmud.gemerlapan cahaya matahari yang menyinari dan memantulkan cahaya dari senibina masjid ini menjadikan ianya seolah seperti sebiji kristal.Masjid Kristal ini telah dirasmikan pada 3 Februari 2008 yang lalu sempena Perkampungan Islam Hadari.Masjid Kristal diresmikan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berangkat ke Peresmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.Masjid ini memiliki luas 2.146 meter persegi dan berkapasitas 700 jamaah.Dinamakan masjid Kristal karena sebagian besar bangunan masjid ini terbuat dari kaca dan baja.Selain itu, masjid ini juga dilengkapi dengan sarana teknologi dan jaringan WiFi sebagai akses internet guna membaca al-Qur'an elektronik.

No comments:

Post a Comment